Rabu, 14 November 2012

RPH (BM TAHUN 2 KSSR)

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran
:
Dunia Sains dan Teknologi
Kelas
:
2 Pintar
Tema
:
Sains Hayat
Tajuk/Subtajuk
:
1.     Manusia/Perubahan pada Diriku
Standard Pembelajaran
:
1.3.1 Mengenal pasti perubahan yang berlaku pada diri mereka sejak dilahirkan iaitu membesar dari segi pertambahan saiz, tinggi dan berat.
Objektif pembelajaran
:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
i.      Menyatakan perubahan yang berlaku pada diri manusia.
ii. Menyusun gambar perubahan diri manusia dengan susunan yang betul.
iii.    Menjawab 4 daripada 5 soalan dengan betul.
Aktiviti
Langkah 1
(3 minit)
 
 
 
 
 
 
Langkah 2
(7 minit)
 
 
 
 
 
Langkah 3
(10 minit)
 
 
 
 
 
 
 
Langkah 4
(7 minit)
 
 
 
 
 
Penutup
(3 minit)
:
 
1.     Murid memerhatikan gambar yang dipancarkan melalui skrin.
2.     Beberapa orang murid menyatakan perihal gambar tersebut.
3.     Murid menyatakan perubahan yang berlaku pada gambar 1 dan gambar 2.
4.     Guru mengaitkan perbualan dengan tajuk pelajaran.
 
1.     Guru mempamerkan empat keping kad bergambar tentang tumbesaran seorang manusia.
2.     Guru meminta murid menyusun gambar-gambar tersebut mengikut urutan yang betul.
3.     Murid tampil ke hadapan kelas untuk menyusun gambar-gambar tersebut.
 
1.     Guru mengedarkan lembaran kerja 1 kepada setiap kumpulan murid.
2.     Secara berkumpulan, murid menyatakan perubahan yang berlaku pada diri Sarah.
3.     Guru membimbing murid untuk mendapatkan jawapan.
4.     Guru meminta wakil dari setiap kumpulan mencatatkan hasil perbincangan di papan tulis.
 
1.     Guru mengedarkan lembaran kerja 2 yang mengandungi lima soalan mengisi tempat kosong.
2.     Murid berbincang bersama ahli kumpulan untuk mendapatkan jawapan yang betul.
3.     Guru meminta beberapa orang murid menyatakan jawapan yang diperolehi.
 
1.     Guru membimbing murid membuat kesimpulan pelajaran pada hari ini.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
:
Nilai murni : bekerjasama, yakin
TMK – belajar melalui TMK
Bahan Bantu Belajar
:
Komputer riba, LCD, slaid PowerPoint, kad bergambar, lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2.
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
:
Murid menyatakan perubahan yang berlaku pada diri manusia berdasarkan slaid Powerpoint yang dipaparkan.
Refleksi
:
19 orang daripada 21 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.
 

2 ulasan: