1. KATA NAMA
Penerangan
- Menamakan orang, tempat, haiwan, tumbuhan atau benda.
- Terdapat tiga golongan kata :
- Kata Nama Am
- Kata Nama Khas
- Kata Nama Ganti
1. Kata Nama Am
* Menerangkan sesuatu benda, orang, tempat, jawatan atau pangkat.
* Contoh :
* Contoh :
i. Benda (jam, buku, pen)
ii. Tempat (hospital, sungai, sekolah)
ii. Tempat (hospital, sungai, sekolah)
iii. Haiwan (kucing, burung, gajah)
iv. Orang ( murid,ibu, guru)
iv. Orang ( murid,ibu, guru)
v. Tumbuh-tumbuhan ( bunga, kobis, durian)
2. Kata Nama Khas
*Menerangkan kata nama khususnya benda, orang, haiwan, tempat, jawatan atau pangkat.
* Contoh :
i. Benda (Toyota, Proton Saga)
ii. Tempat (Menara Kuala Lumpur, Zoo Negara)
iii. Haiwan (Si Tompok, Pak Belang)
iv. Orang ( Cikgu Salina, Siti Sarah)
v. Tumbuh-tumbuhan (Hibiscus, Chrysathemum)
3. Kata Ganti Nama
* Digunakan untuk menggantikan kata nama.
* Jenis-jenis kata ganti nama ialah:
i. Kata ganti nama diri
ii. Kata ganti nama diri singkat
iii. Kata ganti nama tanya
iv. Kata ganti nama tempat
v. Kata ganti nama tunjuk
vi. Kata ganti nama tak tentu
2. KATA NAMA KHAS
Penerangan :
Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, benda, haiwan, institusi, bangsa, pangkat dan seumpamanya.
Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.
KATA NAMA KHAS HIDUP
|
KATA NAMA KHAS TAK HIDUP
|
1. Kata nama khas ini terdiri daripada perkataan yang merujuk manusia.
Contoh:
Dania, Mei Mei, Raja Ali
2. Kata nama khas juga boleh didahului oleh nama gelaran atau panggilan.
Contoh:
Doktor Zaleha, Tan Sri Abu
Zahidi.
|
Kata nama khas ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda khusus tetapi bukan hidup seperti
nama benda, institusi, Negara, tempat, pangkat,undang-undang dan seumpamanya.
Contoh:
Proton Waja, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Malaysia, Negeri Sembilan
|
2. Kata Nama Khas Bukan Hidup
* Terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang hidup
tetapi bukan jenis manusia seperti
haiwan, tumbuh-tumbuhan, malaikat dan sebagainya.
Contoh:
Sang Kancl, Hibiscus
* Boleh menerima kata
panggilan atau gelaran.
Contoh:
Pak Belang, Sang Bedal
|
Contoh ayat:
1. Proton Satria kereta buatan negara kita.
2. Jam
tangan Bonia itu sangat cantik.
3. Syamsul muriid yang bijak.
4. Si Putih mengejar tikus.
5. Sang
Rangkak berjalan lambat.
|
3. KATA GANTI NAMA
a. Kata Ganti Nama Diri
Kata
Ganti Nama Diri
|
Penerangan
|
Contoh
|
Kata Ganti Nama Diri Pertama
|
Untuk menggantikan nama orang
yang bercakap.
|
Aku, saya, beta, patik, hamba, kami, kita.
|
Kata Gnati Nama Diri Kedua
|
Merujuk orang yang dilawan
bercakap.
|
Awak, anda, engkau, tuanku, kalian, kamu.
|
Kata Ganti Nama Diri Ketiga
|
Merujuk orang yang diperkatakan.
|
Ia, dia, beliau, baginda, mereka.
|
b. Kata Ganti Nama Diri Singkat
Penerangan : Kata ganti nama diri ditulis dalam bentuk singkat.
Contoh: ku, kau, mu, nya.
Contoh ayat:
- Pakaianku basah terkena hujan.
- Suratmu itu telah selamat diterima.
- Aku menerima pemberiannya.
c. Kata Ganti Nama Tanya
Penerangan :
i. Untuk menanyakan benda, orang, haiwan, masa, tempat dan jumlah.
ii. Kata penegas -kah perlu dibubuh selepas kata ganti nama tanya digunakan pada awal ayat.
Contoh ayat:
- Siapakah guru kelas Tahun Dua Cerdik?
- Di manakah kamu tinggal?
- Apakah yang ada di dalam kotak itu?
- Berapakah bilangan adik-beradik kamu?
d. Kata Ganti Nama Tempat
Penerangan:
Untuk menggantikan kedudukan sesuatu tempat.
Contoh:
sini, situ, sana
Contoh ayat:
- Tunggu saya di situ petang ini.
- Mari kita beredar dari sini.
- Kereta saya di sana.
e. Kata Ganti Nama Tunjuk
Penerangan:
Untuk menyatakan sesuatu perkara atau benda-benda yang ditunjuk.
Contoh:
ini, itu
Contoh ayat:
- Ini kereta ayah saya.
- Air sungai itu mengalir deras.
f. Kata Ganti Nama Tak Tentu/Kata Ganti Nama Umum
Penerangan :
i. Untuk menggantikan manusia, benda, masa, tempat atau perkara yang umum.
ii. Kata ganti ini tidak akan diletakkan tanda soal di akhir ayat.
iii. Kata ganti ini terbentuk daripada kata tanya yang menerima imbuhan atau penggandaan.
Contoh:
siapa-siapa, mana-mana, apa-apa
Contoh ayat:
- Serahkan barang ini kepada siapa-siapa yang kamu kenali di sini.
- Pilih mana-mana bilik yang kamu suka.
- Kami tidak mengetahui apa-apa yang berlaku.
4. KATA PERINTAH
Penerangan : digunakan untuk memberi perintah, larangan, arahan, silaan dan permintaan.
Contoh :
- JANGAN
- TOLONG
- HARAP
- SILA
- JEMPUT
- USAH
1. JANGAN = untuk larangan.
- Jangan berebut semasa menaiki bas.
- Jangan buang sampah merata-rata.
2. TOLONG = untuk perintah.
- Tolong letakkan kasut anda di situ.
- Tolong ambilkan ayah segelas air.
3. HARAP = untuk harapan.
- Harap semua penumpang semua bersabar kerana penerbangan ini dijangka lewat sedikit.
- Harap tuan tunggu sebentar.
4. SILA = untuk silaan.
- Sila datang lagi.
- Silakan makan hidangan ini.
5. JEMPUT = untuk silaan.
- Jemputlah makan hidangan ini..
- Jemput ke majlis perkahwinan kakak saya.
6. USAH = untuk larangan
- Usahlah percaya kata-katanya itu.
- Usah dikenang perkara yang sedih.
Nota yang ringkas dan padat. Mudah difahami.
BalasPadamTerima kasih :)
PadamNota yang mudah difahami. Tahniah.
BalasPadamAssalamualaikum cikgu Sue...
BalasPadamNota yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 2 boleh dijadikan rujukan dan perkongsian ilmu...
Tahniah Sue....
Terima kasih cikgu sue atas perkongsian nota ini. Byk membantu saya dalam mengajar anak2 buat homework mereka.
BalasPadam