KOLEKSI SOALAN

SOALAN 1

Arahan        : Perhatikan gambar di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang disediakan.



1. Apakah yang dilakukan oleh budak lelaki itu?
     ......................................................................................................

2. Berapa orangkah yang terdapat di dalam gambar?
     ......................................................................................................

3. Mengapakah kita perlu membantu orang buta?
    ........................................................................................................


SOALAN 2
TEMA : KEBUDAYAAN

Arahan :
1. Baca seni kata lagu 'Kuih Oh Kuih'.
2. Nyanyikan lagu di bawah mengikut melodi 'Bapaku Pulang dari Kota'.

“Kuih Oh Kuih”

Ibuku rajin buat kuih
Bermacam-macam jenis kuih
Bahulu, karipap, buah melaka
Bolehku makan sekeluarga.

Kuih, kuih, kuih, kuih, kuih, kuih 2X

Keria, lempeng, koci, lepat
Marilah kawan, mari dekat
Rasalah kuih yang beraneka
Pasti kawan semua akan suka.


Soalan:

Namakan kuih yang terdapat dalam seni kata lagu dan nyatakan apakah rasanya?
.................................................................................................................................




SOALAN 3
SP 5.1.6 (B1DT1E1)
Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.


kerana
sambil
tetapi



Nek Limah jiran Fatin. Rumah Nek Limah terletak di hujung kampung. Nek Limah tinggal sendirian. Nek Limah mempunyai tiga orang anak 1_______________ mereka jarang-jarang pulang ke kampung. Suami Nek Limah pula sudah lama meninggal dunia 2_______________ terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Nek Limah sudah tua dan uzur. Fatin sekeluarga berasa kasihan akan Nek Limah. Setiap hari, Fatin akan menghantar makanan yang dimasak oleh ibunya ke rumah Nek Limah. Fatin sering membantu Nek Limah membuat kerja-kerja rumah juga. Fatin menyapu sampah, mengemas rumah, dan membasuh pinggan mangkuk 3_______________ berbual-bual dengan Nek Limah.
Nek Limah berasa sungguh bertuah 4________________ mendapat jiran yang baik seperti Fatin sekeluarga. Mereka melayannya seperti saudara sendiri.


SOALAN 4
SP 5.1.7 (B1DT1E3)
Gunakan kata tanya yang sesuai. Bina soalan berdasarkan jawapan yang diberikan

Bagaimanakah
Bilakah
Berapakah
Apakah
Di manakah

1.                             1. _________________________________________
Taman Mawar terletak di Batu Kikir, Negeri Sembilan.

2                                    2. __________________________________________________________________
Penduduk Taman Mawar berjumlah 300 orang.

3                                     3. __________________________________________________________________
Penduduk Taman Mawar hidup aman damai.

                             4. _________________________________________
Penduduk Taman Mawar telah mengadakan Majlis Ramah Mesra pada hari Ahad yang
            lalu.

5                                      5. ___________________________________________________________________
Tujuan majlis itu diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan para
            penduduk.


3 ulasan:

  1. izinkan saya guna bahan ini untuk anak didik saya.terima kasih cikgu Mazni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amat dialu-alukan :) Terima kasih atas sokongan Cikgu Roselina... Moga menjadi ilmu yang bermanfaat...

      Padam
  2. Assalamualaikum cikgu...
    Soalan yang disampaikan sangat sesuai untuk murid Tahun 2.Boleh dijadikan rujukan dan perkongsian ilmu.
    Syabas cikgu....

    BalasPadam