KATA SERU
- Kata seru menggambarkan pelbagai perasaan seperti takut, marah, terkejut. terpegun dan sebagainya. Dalam bahasa pertuturan kata seru disebut dengan nada tinggi.
- Ayat seruan akan diakhiri dengan tanda seru (!).
1. AMBOI
- Menyatakan rasa kagum dan mengusik.
ii. Amboi, cantiknya kasut kamu!
2. WAH
- Menyatakan rasa kagum dan hairan.
ii. Wah, besarnya rumah Zalina!
3. ADUH
- Mengatakan perasaan sakit.
ii. Aduh, peningnya kepalaku!
4. ADUHAI
- Menyatakan perasaan sedih.
ii. Aduhai, malangnya nasibku hari ini!
5. WAHAI
- Menyatakan perasaan merayu.
ii. Wahai umat manusia, bersatulah demi keamanan sejagat!
6. NAH
- Menyatakan perasaan marah.
ii. Nah, terimalah habuan engkau!
7. CIS
- Menyatakan rasa geram.
ii. Cis, jangan kau jejak kaki di sini lagi!
8. CIH
- Menyatakan perasaan geram.
ii. Cih, jijik betul aku tengok muka kau!
9. SYABAS
- Menyatakan perasaan gembira.
ii. Syabas, anda telah memenangi wang tunai satu juta ringgit Malaysia!
10. AH
- Menyatakan rasa tidak setuju.
ii. Ah, jngan pedulikan masalah aku!
11. EH
- Menyatakan perasaan yang amat hairan dan terkejut.
ii. Eh, bukankah kau sudah berpindah ke Negeri Sembilan!
12. OH
- Menyatakan perasaan kecewa.
ii. Oh, sanggup kamu melihat kami menderita!
13. HAI
- Menyatakan keadaan menyapa.
ii. Hai, sudah lama kita tidak berjumpa!
terima kasih kerana memberi nota yang bagus.
BalasPadamTerima kasih atas sokongan Cikgu Wong Siew Sian :)
BalasPadamSaya suka blog ini kerana kemas dan jelas.
BalasPadamTerima kasih Cikgu Chee Pei Yong. Blog cikgupun tidak kurang hebatnya, penuh dengan info yang menarik :)
Padamnota yang menarik dan berguna..blog yg cantik dan kemas. tahniah cikgu !
BalasPadamTerima kasih Cikgu Adrian... Masih dalam proses pembinaan :)
Padamnice blog
BalasPadamTerima kasih Saudari Suzana :)Blog saudari juga cantik dan menarik.
Padam