PELUPUSAN BUKU TEKS
Antara tugas khas Cikgu Sue di SK Telaga, Pitas adalah sebagai guru penyelaras SPBT. Pelupusan ialah satu proses untuk mengeluarkan buku teks yang tidak boleh digunakan lagi daripada stok SPBT sekolah. Ia bertujuan untuk menjimatkan kos dan ruang menyimpan di samping mengemaskinikan rekod buku stok SPBT.
Buku teks SPBT ini boleh dilupuskan jika ia telah rosak/usang, buku aktiviti Tahap Satu sekolah rendah atau jika buku teks tersebut tidak boleh digunakan lagi kerana berlaku perubahan kurikulum atau sukatan pelajaran.
Tatacara pelupusan hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan ditetapkan di dalam pekeliling Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran iaitu Surat Pekeliling Kewangan Bil.2/1989 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/2001. Tindakan pelupusan hanya boleh dilakukan setelah mendapat kelulusan melupuskan buku teks daripada Pengarah JPN.
Disebabkan sekolah tempat Cikgu Sue bertugas ini terletak di kawasan pedalaman tahap dua, maka terlalu sukar untuk pihak kontraktor datang untuk mengutip buku teks tersebut. Maka, pihak sekolahlah yang melakukan operasi pelupusan tersebut. Semua buku teks Agama Islam dilupuskan dengan cara membakar. Manakala, buku yang lain-lain ditanam bagi mengurangkan pencemaran udara. Manakala buku teks yang masih elok keadaan fizikalnya, dihadiahkan kepada murid-murid.
|
Buku teks yang akan dilupuskan |
|
Buku teks Agama Islam dibakar. |
|
Buku teks yang dihadiahkan kepada murid-murid. |
|
Apa yang penting? Kerjasama... |
|
Buku teks disusun di dalam lubang. |
|
Proses menimbus tanah. |
|
Terima kasih kepada semua yang sudi menghulurkan bantuan. |
|
Selesai. |
BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH
(BOSS) SK TELAGA, PITAS.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera… Kali
ini, Cikgu Sue ingin memperkenalkan Bilik SPBT atau bilik BOSS tempat Cikgu Sue
bertugas. Gambar-gambar ini diambil selepas Cikgu Sue selesai membuat baikpulih
pada awal tahun 2010. Waktu itu Cikgu
Sue baru sahaja habis berpantang selepas melahirkan anak yang kedua.
Suami Cikgu Sue yang paling banyak membantu
dalam proses membaikpulih dan menceriakan keadaan di dalam bilik BOSS ini.
Beliau sendirilah yang mengecat, menjadi pereka dalaman, membuat meja dan banyak lagi. Terima kasih banyak-banyak
abang kerana sanggup mengorbankan tenaga, masa dan wang.
Cikgu Sue terlupa mengambil gambar bilik
BOSS yang asal kerana terlalu teruja untuk membuat pembaharuan di dalam bilik
BOSS ini. Bilik BOSS ini masih banyak kekurangan dan tidaklah secantik bilik
BOSS di sekolah-sekolah yang lain, namun Cikgu Sue berasa amat selesa berada di
dalamnya.
|
Fail |
|
Buku stok buku teks dan cakera padat |
|
Peralatan baik pulih buku teks |
|
Ruang / rak buku teks |
|
Antara mural yang dihasilkan oleh pengawas SPBT |
|
Kaunter |
|
Arkib SPBT |
|
Buku teks dilabel mengikut subjek |
|
Cakera padat |
PEMERIKSAAN
BUKU TEKS
Ini
adalah aktiviti wajib Cikgu Sue lakukan. Cikgu Sue bersama beberapa orang
pengawas SPBT akan melakukan pemeriksaan buku teks yang berada di tangan murid
sebanyak tiga kali dalam setahun.
Pemeriksaan
kali pertama dilakukan untuk memastikan semua murid telah menulis nama dan kelas
masing-masing pada ruangan yang telah disediakan.
Pemeriksaan
kali kedua pula, dilakukan untuk memastikan semua buku teks telah dibalut
dengan menggunakan plastik lutsinar. Tujuannya adalah untuk memastikan keadaan
fizikalnya tetap terjaga dan tidak mudah rosak.
Pemeriksaan
kali ketiga adalah untuk memastikan atau mengesan kerosakan atau kehilangan
buku teks.
Perkongsian maklumat yang menarik.
BalasPadam:)
BalasPadamSalam cikgu Sue... Bla tgok gmbar...teringat masa saya bertugas di SK.Telaga tahun 1985-1988....Sue adalah seorang guru yang dedikasi dan secara tidak langsung penyambung tugas akak di KG.Telaga yang merupakan tanah tumpah darahku....Tahniah Sue...didiklah saudara-maraku kat situ dengan matahati cikgu yang murni itu...
BalasPadamWaalaikumsalam Kak Dalmata... Terima kasih... Sudah menjadi tanggung-jawab kita untuk mendidik anak bangsa, tidak kira di mana sahaja kita ditempatkan :)
PadamAssalamualaikum cikgu...
BalasPadamTeruskan perjuangan menjadi seorang guru yang cemerlang....Amin.
Waalaikumsalam Cikgu Sitti... Amin ya rab... InsyaAllah... Selagi hayat dikandung badan :)
PadamApa yg cg sue lakukan sekiranya murud tidak menyampul buku teks?
BalasPadam