Sabtu, 27 Oktober 2012

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2012 dan READ 2012





KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2012 dan READ 2012

Pada 24 Oktober 2012SK Telaga Pitas, Sabah telah melaksanakan program  tahunan KPM yang diurusetiakan oleh BTP, iaitu Kem Membaca 1 Malaysia dan READ 2012.

Program KM1M 2012 ini berlangsung selama empat (4) hari bermula 22 Oktober hingga 25 Oktober 2012. Perasmian Program KM1M 2012 dan pelancaran READ 2012 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong pada 24 Oktober 2012 dan bertempat di SMK Seksyen 9, Shah Alam. Program ini berjalan serentak di seluruh negara selama 2012 saat atau 33.5 minit.

Antara objektif program ini adalah
1. Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan
2. Menggerakkan program galakan membaca
3. Memupuk minat membaca secara berterusan
4. Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan

Ini adalah antara gambar-gambar semasa program Membaca 1 Malaysia berlangsung di sekolah saya. Terima kasih kepada juru kamera SK Telaga iaitu Ustaz Syafiq kerana sudi menyumbangkan gambar-gambar tersebut kepada saya.

10.03 pagi masa membaca tamat
Mula membaca pukul 9.30 pagi
Mula membaca pada pukul 9.30 pagi
Tekun si Fida membaca
Ragam murid Tahun 2
Murid-murid Tahun 4
Pak cik pengawal keselamatan pun turut  serta
Anak-anak di Pra Sekolah
Adik Dayang yang diserang cacar air pun nak membaca juga




7 ulasan:

  1. Bersemangat warga sekolah melaksanakan kempen membaca ini. Membaca amalan mulia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semangat membaca harus dipupuk dalam diri kita semua, tak kira di mana sahaja kita berada.

      Padam
  2. Balasan
    1. Iya... rajin dan bersemangat mereka tu... Walaupun ada di antara mereka yang kurang sihat (diasingkan di dalam bilik, kerana mengalami cacar air), namun masih mahu juga mahu turut serta dalam Kem Membaca 1 Malaysia 2012 ini.

      Padam
  3. anak murid cikgu comelnya!
    murid pasti seronok untuk belajar!

    BalasPadam
  4. Harrah's Casino Reno, NV | MapyRO
    Harrah's Cherokee Casino 대구광역 출장마사지 Resort 보령 출장안마 is 전라남도 출장안마 located in Murphy, North Carolina and is 광양 출장샵 open daily 24 hours. The casino's 280000 경기도 출장마사지 square foot gaming space features 800 gaming

    BalasPadam