Ahad, 25 November 2012

JALUR GEMILANG


JALUR GEMILANG

1. Setiap lambang dan warna yang terdapat pada bendera Malaysia mewakili maksud-maksud tertentu.
2. Bahagian yang berwarna biru tua di sebelah kiri melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu serta berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi berasaskan sains dan teknologi canggih.
3. Warna kuning pada lambang anak bulan dan bintang pecah 14 bermaksud kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.
4. Lambang anak bulan membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara sementara bintang pecah 14 menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
5. Merah melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan dan
cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
6. Warna putih melambangkan kesucian, ikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan
ketahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

7. Ukuran bendera masih dikekalkan iaitu 6 kaki lebar dan 3 kaki panjang.
8. Mempunyai 14 jalur bagi melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan 1 Persekutuan iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, .Terengganu, dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan).

Jumaat, 16 November 2012

BUAH-BUAHAN

Mari kita belajar mengenal dan menyebut kosa kata mengikut golongan untuk buah-buahan.

ANGGUR

BELIMBING

CEMPEDAK

DELIMA

DUKU

DURIAN BELANDA

DURIAN

EPAL

LAI

LAICI

NANAS

NANGKA

PISANG

PULASAN

TEMBIKAI

UJI MEMORI...

Senaraikan buah-buahan tempatan dan luar negara.                

BUNYI BINATANG

Pengetahuan tentang bunyi binatang dan penggunaan perkataan tentang bunyi binatang adalah perlu untuk meningkatkan kemahiran berbahasa.

ANAK AYAM bunyinya mencicit (citt...citt...citt...)

ANAK BURUNG bunyinya berciak (ciak...ciak...ciak...)

ANJING bunyinya menyalak (ong...ong...ong...)

AYAM BETINA bunyinya berketuk (tok...tok...tok...)

AYAM JANTAN buyinya berkokok (kok...kok...kok...)

BURUNG bunyinya berkicau (kur...kur...kur...)

ITIK bunyinya mengakak (kuek...kuek...kuek...)

KAMBING bunyinya mengembek (embek...embek...embek...)

KATAK bunyinya berdengkang, menguak (krook...krook...krook...)

KUCING bunyinya mengiau (meow...meow...meow...)

KUDA atau KELDAI bunyinya meringkik (ek...ek...ek...)

LEBAH, TEBUAN atau NYAMUK bunyinya berdengkang (zz..zz...zz...)

LEMBU bunyinya melenguh ( boh...boh...boh...)

SINGA atau HARIMAU bunyinya mengaum (aum...aum...aum...)

TIKUS bunyinya berdecit (cit...cit...cit...)

ULAR bunyinya berketur (ss...ss...ss...)
UJI MEMORI ANDA...

Apakah bunyi bagi : 
  1. kucing
  2. itik
  3. katak
  4. lembu
  5. ayam jantan

Rabu, 14 November 2012

RPH (BM TAHUN 2 KSSR)

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran
:
Dunia Sains dan Teknologi
Kelas
:
2 Pintar
Tema
:
Sains Hayat
Tajuk/Subtajuk
:
1.     Manusia/Perubahan pada Diriku
Standard Pembelajaran
:
1.3.1 Mengenal pasti perubahan yang berlaku pada diri mereka sejak dilahirkan iaitu membesar dari segi pertambahan saiz, tinggi dan berat.
Objektif pembelajaran
:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
i.      Menyatakan perubahan yang berlaku pada diri manusia.
ii. Menyusun gambar perubahan diri manusia dengan susunan yang betul.
iii.    Menjawab 4 daripada 5 soalan dengan betul.
Aktiviti
Langkah 1
(3 minit)
 
 
 
 
 
 
Langkah 2
(7 minit)
 
 
 
 
 
Langkah 3
(10 minit)
 
 
 
 
 
 
 
Langkah 4
(7 minit)
 
 
 
 
 
Penutup
(3 minit)
:
 
1.     Murid memerhatikan gambar yang dipancarkan melalui skrin.
2.     Beberapa orang murid menyatakan perihal gambar tersebut.
3.     Murid menyatakan perubahan yang berlaku pada gambar 1 dan gambar 2.
4.     Guru mengaitkan perbualan dengan tajuk pelajaran.
 
1.     Guru mempamerkan empat keping kad bergambar tentang tumbesaran seorang manusia.
2.     Guru meminta murid menyusun gambar-gambar tersebut mengikut urutan yang betul.
3.     Murid tampil ke hadapan kelas untuk menyusun gambar-gambar tersebut.
 
1.     Guru mengedarkan lembaran kerja 1 kepada setiap kumpulan murid.
2.     Secara berkumpulan, murid menyatakan perubahan yang berlaku pada diri Sarah.
3.     Guru membimbing murid untuk mendapatkan jawapan.
4.     Guru meminta wakil dari setiap kumpulan mencatatkan hasil perbincangan di papan tulis.
 
1.     Guru mengedarkan lembaran kerja 2 yang mengandungi lima soalan mengisi tempat kosong.
2.     Murid berbincang bersama ahli kumpulan untuk mendapatkan jawapan yang betul.
3.     Guru meminta beberapa orang murid menyatakan jawapan yang diperolehi.
 
1.     Guru membimbing murid membuat kesimpulan pelajaran pada hari ini.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
:
Nilai murni : bekerjasama, yakin
TMK – belajar melalui TMK
Bahan Bantu Belajar
:
Komputer riba, LCD, slaid PowerPoint, kad bergambar, lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2.
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
:
Murid menyatakan perubahan yang berlaku pada diri manusia berdasarkan slaid Powerpoint yang dipaparkan.
Refleksi
:
19 orang daripada 21 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.