Ahad, 28 Oktober 2012

KATA SERU

KATA SERU

  • Kata seru menggambarkan pelbagai perasaan seperti takut, marah, terkejut. terpegun dan sebagainya. Dalam bahasa pertuturan kata seru disebut dengan nada tinggi.

  • Ayat seruan akan diakhiri dengan tanda seru (!).

1. AMBOI
  • Menyatakan rasa kagum dan mengusik.
          i. Amboi, petahnya budak itu berkata-kata!
          ii. Amboi, cantiknya kasut kamu!


2. WAH
  • Menyatakan rasa kagum dan hairan.
          i. Wah, ramainya orang yang mengunjungi pesta itu!
          ii. Wah, besarnya rumah Zalina!


3. ADUH
  • Mengatakan perasaan sakit.
          i. Aduh, sakitnya kaki saya!
          ii. Aduh, peningnya kepalaku!


4. ADUHAI
  • Menyatakan perasaan sedih.
           i. Aduhai, berkecailah harapan aku selama ini!
          ii. Aduhai, malangnya nasibku hari ini!


5. WAHAI
  • Menyatakan perasaan merayu.
           i. Wahai adikku, janganlah menangis!
          ii. Wahai umat manusia, bersatulah demi keamanan sejagat!


6. NAH
  • Menyatakan perasaan marah.
           i. Nah, ambil semula barang-barang kau ini!
          ii. Nah, terimalah habuan engkau!


7. CIS
  • Menyatakan rasa geram.
           i. Cis, bedebah kau Eton!
          ii. Cis, jangan kau jejak kaki di sini lagi!


8. CIH
  • Menyatakan perasaan geram.
           i. Cih, tak sedar diri betullah awak ini!
          ii. Cih, jijik betul aku tengok muka kau!


9. SYABAS
  • Menyatakan perasaan gembira.
           i. Syabas, awak telah dinaikkan pangkat!
          ii. Syabas, anda telah memenangi wang tunai satu juta ringgit Malaysia!



10. AH
  • Menyatakan rasa tidak setuju.
           i. Ah, aku tidak ingin berjalan bersamanya!
          ii. Ah, jngan pedulikan masalah aku!



11. EH
  • Menyatakan perasaan yang amat hairan dan terkejut.
           i. Eh, di mana kau jumpa jam tangan aku ini!
          ii. Eh, bukankah kau sudah berpindah ke Negeri Sembilan!



12. OH
  • Menyatakan perasaan kecewa.
           i. Oh, begini rupanya sikap awak ya!
          ii. Oh, sanggup kamu melihat kami menderita!



13. HAI
  • Menyatakan keadaan menyapa.
           i. Hai, apa khabar!
          ii. Hai, sudah lama kita tidak berjumpa!

Sabtu, 27 Oktober 2012

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2012 dan READ 2012





KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2012 dan READ 2012

Pada 24 Oktober 2012SK Telaga Pitas, Sabah telah melaksanakan program  tahunan KPM yang diurusetiakan oleh BTP, iaitu Kem Membaca 1 Malaysia dan READ 2012.

Program KM1M 2012 ini berlangsung selama empat (4) hari bermula 22 Oktober hingga 25 Oktober 2012. Perasmian Program KM1M 2012 dan pelancaran READ 2012 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong pada 24 Oktober 2012 dan bertempat di SMK Seksyen 9, Shah Alam. Program ini berjalan serentak di seluruh negara selama 2012 saat atau 33.5 minit.

Antara objektif program ini adalah
1. Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan
2. Menggerakkan program galakan membaca
3. Memupuk minat membaca secara berterusan
4. Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan

Ini adalah antara gambar-gambar semasa program Membaca 1 Malaysia berlangsung di sekolah saya. Terima kasih kepada juru kamera SK Telaga iaitu Ustaz Syafiq kerana sudi menyumbangkan gambar-gambar tersebut kepada saya.

10.03 pagi masa membaca tamat
Mula membaca pukul 9.30 pagi
Mula membaca pada pukul 9.30 pagi
Tekun si Fida membaca
Ragam murid Tahun 2
Murid-murid Tahun 4
Pak cik pengawal keselamatan pun turut  serta
Anak-anak di Pra Sekolah
Adik Dayang yang diserang cacar air pun nak membaca juga




KATA TANYA

KATA TANYA

* Digunakan untuk bertanyakan benda, haiwan, orang, tempat, masa dan bilangan.


1. Apa
Penggunaan: Untuk menanyakan benda, haiwan atau tempat.
Contoh ayat: i. Apakah benda di dalam kotak itu?
                     ii. Apakah nama ibu negeri Sabah?

2. Siapa
Penggunaan : Untuk menanyakan manusia.
Contoh ayat : i. Siapakah guru Bahasa Malaysia kamu?
                      ii. Siapakah nama ibu kamu?

3. Mengapa
Penggunaan : Untuk menanyakan sebab.
Contoh ayat : i. Mengapakah kamu menangis?
                      ii. Mengapakah Fida tidak hadir ke sekolah?

4. Berapa
Penggunaan : Untuk menanyakan masa atau bilangan.
Contoh ayat : i. Pukul berapakah sekarang?
                      ii. Berapakah jumlah murid di kelas Tahun Dua Pintar?

5. Bagaimana
Penggunaan : Untuk menanyakan cara atau keadaan
Contoh ayat : i. Bagaimanakah cara membuat kuih karipap?
                      ii. Bagaimanakah kemalangan itu berlaku?

6. Bila
Penggunaan : Untuk menanyakan masa.
Contoh ayat : i. Bilakah ujian Matematik akan diadakan?
                      ii. Bilakah bas ini akan bertolak?

7. Mana
Penggunaan : Untuk menanyakan tempat atau arah.
Contoh ayat : i. Di manakah rumah Mardhiah?
                      ii. Dari manakah dia datang?

Isnin, 22 Oktober 2012

“Kuih Oh Kuih”

SOALAN 2
TEMA : KEBUDAYAAN

Arahan :
1. Baca seni kata lagu 'Kuih Oh Kuih'.
2. Nyanyikan lagu di bawah mengikut melodi 'Bapaku Pulang dari Kota'.


“Kuih Oh Kuih”

Ibuku rajin buat kuih
Bermacam-macam jenis kuih
Bahulu, karipap, buah melaka
Bolehku makan sekeluarga.

Kuih, kuih, kuih, kuih, kuih, kuih 2X

Keria, lempeng, koci, lepat
Marilah kawan, mari dekat
Rasalah kuih yang beraneka
Pasti kawan semua akan suka.


Soalan:

Namakan kuih yang terdapat dalam seni kata lagu dan nyatakan apakah rasanya?
.................................................................................................................................


Sabtu, 20 Oktober 2012

PENGENALAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Blog ini dibina atas menepati kehendak soalan Tugasan 3 bagi kursus Teknologi Maklumat untuk Sekolah Rendah (KRT 3013).

Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)
Tarikh penilaian akhir pada 14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada 15 November 2012

Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:

  1. Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
  2. Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
  3. Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. 4. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
  4. Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
  • Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
  • Gambar 
  • Audio
  • Video
     5. Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan
         yang dipaparkan.
     6. Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook,  
         Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.

PERINGATAN
Plagiat bagi mana-mana tugasan adalah dilarang sama sekali. Sekiranya pelajar didapati meniru/menipu dalam mana-mana tugasan boleh dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman setimpal dengan kesalahan.